corat-coret

hidup ini lebih bermakna bila ada kenangan

yAng ngIkut dI BlaKanGku

Selongkar sendiri ye

Selasa, 3 Julai 2012

maya the bee


##Maya The Bee??? Korang pernah tengok x cerita kartun ni? Maaf. Entry ini sebenarnya x ada kene mengena dengan cerita kartun zaman kanak-kanak ku. Sebenarnya nak cerita pasal sifat si lebah. Pagi tadi tengok makcik-makcik sekitar rumah ni dok silang panggung depan umah. Gamaknye memasing baru lepas nganta anak memasing nek bas ke sekolah. #untung la anak sekarang. Ekceli, makcik-makcik ni dah biasa aku tengok sejak dari kecik lg. Semua baik buruk dorang dalam stokin busukku. Eh,bunyi macam aku kenal rapat je kn? aku tahu ape makcik-makcik umpatkan. Bukan semua sebenarnya makcik-makcik ni tingtong, ada la sesetengah nye je pun.. cuma aku mengingatkan diri sendiri jangan jadi macam makcik kepoh bila dah tua nanti. Berdoa semoga aku dapat pupuk sikap si lebah, makan dari yang baik, dan keluarkan yang baik. Bila hinggap pada ranting, tidak mematahkan, menghisap sari bunga  dan mengeluarkan tanpa menyengat. Terbang dengan membawa rasa kecintaan  dan hinggap dengan membawa kasih sayang . Ataupun jadi macam kupu-kupu, ringan perwatakan dan indah dipandang. Patutkan bila dah berada diusia begitu,  lebih serius memikirkan kehidupan. Umur yang semakin menua itu sepatutnya diisikan dengan kebahagiaan, kesenangan, sentiasa redha, tenang dan puas. Bukannya MENGUMPAT.

#maap makcik, aku ambik makcik jd contoh dalam entry