corat-coret

hidup ini lebih bermakna bila ada kenangan

yAng ngIkut dI BlaKanGku

Selongkar sendiri ye

Isnin, 25 Jun 2012

aku & kain batik



***Saja nak imbas kembali cerita kain batik ni. Dah lama sangat nak publish tapi ada je hal sampai lupa entry kain batik tersimpan dalam draf. Ini pun teringat nak up cite ni pasal kawan-kawan aku asyik suruh post gambar aku pakai kain batik. err..sume gara-gara status kat pesbuk la ni..nyesal!
***************************
Aku sebenarnya x pandai pakai kain batik. Masa duduk u pun ,jarang sangat nak penah pakai. Bila usia dah menginjak  ni baru sibuk nak pakai. 2 pun sebab rumate lama aku dulu [ da abis setadi] , selalu pakai kain batik dalam bilik. Bila dah selalu sangat tengok dia pakai, hati tergerak jugak nak cuba. Memula pakai rase nak ketawa dekah-dekah sebab buruk beno aku pakai. Seyes. Kalau mak aku tengok mesti dia x lalu nak pandang..adoyai. Satu hari balik dari kuliah, try la pakai, payah tol nak bergerak. Langkah jadi pendek, kain mesti selalu nak dijaga [kalau x nanti londeh la wei], pastu payahnye nak duduk. [ aku suka duduk bersila].  Jadinya bila duduk je mesti bertimpuh. Sangat ayu [sila muntah] Maka melalui segala kepayahan berlatih memakai kain batik, akhirnya berjayalah juga. Yess!!! Dan tanpa aku sedar, bila kita pakai kain batik ni , ia boleh membentuk kesopanan diri seseorang. Ini  betul . Selama ni asyik pakai seluar trek je bila duduk rumah atau kolej. Macam ada satu semangat bila pakai kain batik. Aku jadi sangat lembut bila melangkah dan duduk sopan bagi seorang perempuan , aku lupa  kain batik ni adalah lambang jati diri orang perempuan.

Cuba bayangkan macam mana orang dulu-dulu pakai kain batik. Nampak lemah lembut dan sangat bersopan santun. Ohsem kn? Budak bandar sekarang dah jarang nak pakai kain batik ni. Dorang lebih suka pakai kain pario 2. Ce try. seyes best tau pakai kain batik ni. Sekarang ni kalau suruh aku kua g sidai kain depan rumah, dh x ragu-ragu lg nak pakai kain batik. Rasa bangga lak sebab pandai pakai.haha..

Err..yang pasal suruh aku post gambar pakai kain batik 2 kan..maap..hanya orang bertuah je yang bertuah tengok. Boleh gitu???kehkehkeh.

daaaaa korang,,,