C.I.N.T.A a.k.a L.O.V.E? Ada yang mendefinasikan seperti love is something what make you happy, be with who make you smile, laugh as much as you breath and love as long you live. Tetapi cinta yang bagaimana anda mahu temui dalan hidup? Bagaimana mahu memulakan cinta dan bagaimana hendak mengekalkan cinta.
Kalau orang tanya, kenapa jatuh cinta pada dia, apakah jawapan yang sesuai untuk diberi. Pernahkah anda berfikir sebab-sebabnya kenapa anda cintakan dia? Adakah jatuh cinta itu memerlukan sebab? Sama juga dengan soalan, mengapa mereka berkahwin. Adakah kerana semata-mata jatuh cinta? Adakah dengan jatuh cinta mereka akan bahagia? Pada pendapat Cmc, jawapannya tidak. Ini kerana mereka bukan jatuh cinta semata-mata tetapi sebaliknya ingin membina sebuah cinta.
Benar, untuk mencari pasangan hidup, kita perlu jatuh cinta. Itulah
perasaan hebat yang tuhan berikan kepada umatnya. Jatuh cinta kepada
rasul, jatuh cinta kepada ibu bapa, malah jatuh cinta dengan pasangan. Kemudian kita membina cinta daripada cabaran yang mendatang. Bersama-sama belajar memahami, berkongsi kasih sayang, saling mempercayai, sentiasa yakin dengan pasangan, sikap bertolenrasi, sentiasa membimbing dan saling bergantungan.
Orang kata jatuh cinta itu perkara mudah. Nampak sahaja yang cantik, yang bergaya, pun dah boleh jatuh cinta. Dalam masa 5 minit pun dah boleh jatuh cinta. Ini lah perasaan. Perasaan boleh datang dan pergi dengan tiba-tiba. Perasaan tidak sama dengan komitmen. Cmc rasa, komitmen lebih komited dalam sesuatu hal, terutamanya dalam membina cinta. Kita jatuh cinta dalam keadaan kita suka kannya, tetapi membina cinta adalah kita berusaha bersama-sama mengekalkan cinta. Membina cinta memerlukan masa yang lama dan panjang. Pelbagai cabaran, halangan atau rintangan terpaksa ditempuhi untuk membina cinta hingga ke syurga. Kesimpulannya Cmc pun mahu jatuh cinta dengan membina cinta bersama si dia.
p/s: hai hatisaya
