corat-coret

hidup ini lebih bermakna bila ada kenangan

yAng ngIkut dI BlaKanGku

Selongkar sendiri ye

Isnin, 14 Mei 2012

duapuluhenamtahun

Ada apa dengan duapuluhenamtahun itu
-------------------------------------------
Hari ini genap lahirnya Cmc di dunia yang penuh mencabar ini. Alhamdulillah Allah masih beri peluang setahun lagi untuk menghadapi cabaran duniawi. Jutaan terima kasih juga kepada bonda yang melahir, menjaga dan membesarkan Cmc.

Menginjak angka duapuluhenamtahun ini, ramai kawan-kawan Cmc yang sudah berumah tangga, membawa anak dan berjaya dalam bidang masing-masing, alhamdulillah tahniah kepada semua. Siapa sangka rezeki dan nikmat tuhan nak bagi pada hambanya dalam bermacam-macam cara.
Cmc sendiri bersyukur Allah masih berikan rezeki kepada diri ini dalam cara yang lain. Walaupun belum punya jodoh, tetapi tetap bersyukur masih punya kawan-kawan berkongsi suka duka dan gelak tawa. Terima kasih sahabat, kerana sentiasa bersama!
Di sini Cmc nak berkongsi sedikit kenangan sambutan ulang tahun kelahiran Cmc  ke-23. Iaitu tahun terakhir menyambutnya bersama ayahanda tercinta. Ayahanda belikan Cmc kek berbentuk Garfield, satu-satunya kartun yang Cmc suka. Ayahanda jenis yang x suka bertanya dan jarang buat kejutan untuk orang, tapi tahun itu merupakan tahun paling bermakna buat kami semua. Sudah 3 tahun ayahanda pergi tetapi kenangan kek Garfield itu tetap segar dalam ingatan. Dah xda orang lain lagi yang nak belikan kek begitu. Ayahanda sungguh special!
Dan bonda x pernah sekali lupa mengucapkan selamat hari lahir, biarpun jauh tapi ingatannya pada si anak tak pernah luput. Terima Kasih! Semoga tahun ini memberi lebih banyak peluang untuk diri ini membaiki diri dan membalas jasa orang tua. Semoga bonda juga sihat dan diberi kesihatan yang baik untuk beribadah, insyaAllah.