corat-coret

hidup ini lebih bermakna bila ada kenangan

yAng ngIkut dI BlaKanGku

Selongkar sendiri ye

Ahad, 20 Mei 2012

** jatuh cinta dengan membina cinta **

C.I.N.T.A a.k.a L.O.V.E?  Ada yang mendefinasikan seperti  love is something what make you happy, be with who make you smile, laugh as much as you breath and love as long you live. Tetapi cinta yang bagaimana anda mahu temui dalan hidup? Bagaimana mahu memulakan cinta dan bagaimana hendak mengekalkan cinta. 

Kalau orang tanya, kenapa  jatuh cinta pada dia, apakah jawapan yang sesuai untuk diberi. Pernahkah anda berfikir sebab-sebabnya kenapa anda cintakan dia? Adakah jatuh cinta itu  memerlukan sebab? Sama juga dengan soalan, mengapa mereka berkahwin. Adakah kerana semata-mata jatuh cinta? Adakah dengan jatuh cinta mereka akan bahagia? Pada pendapat Cmc, jawapannya tidak. Ini kerana mereka bukan jatuh cinta semata-mata tetapi  sebaliknya ingin membina sebuah cinta.


Benar, untuk mencari pasangan hidup, kita perlu jatuh cinta. Itulah perasaan hebat yang tuhan berikan kepada umatnya. Jatuh cinta kepada rasul, jatuh cinta kepada ibu bapa, malah jatuh cinta dengan pasangan. Kemudian kita membina cinta daripada  cabaran yang mendatang. Bersama-sama belajar memahami, berkongsi kasih sayang, saling mempercayai, sentiasa yakin dengan pasangan, sikap bertolenrasi, sentiasa membimbing dan saling bergantungan.


Orang kata jatuh cinta itu perkara mudah. Nampak sahaja yang cantik, yang bergaya, pun  dah boleh jatuh cinta. Dalam masa 5 minit pun dah boleh  jatuh cinta. Ini lah perasaan. Perasaan boleh datang dan pergi dengan tiba-tiba. Perasaan tidak sama dengan komitmen. Cmc rasa, komitmen lebih komited dalam sesuatu hal, terutamanya dalam membina cinta. Kita jatuh cinta dalam keadaan kita suka kannya, tetapi membina cinta adalah kita berusaha bersama-sama mengekalkan cinta. Membina cinta memerlukan masa yang lama dan panjang. Pelbagai cabaran, halangan atau rintangan terpaksa ditempuhi untuk membina cinta hingga ke syurga. Kesimpulannya  Cmc pun  mahu jatuh cinta dengan membina cinta bersama  si dia.

p/s: hai hatisaya


Isnin, 14 Mei 2012

duapuluhenamtahun

Ada apa dengan duapuluhenamtahun itu
-------------------------------------------
Hari ini genap lahirnya Cmc di dunia yang penuh mencabar ini. Alhamdulillah Allah masih beri peluang setahun lagi untuk menghadapi cabaran duniawi. Jutaan terima kasih juga kepada bonda yang melahir, menjaga dan membesarkan Cmc.

Menginjak angka duapuluhenamtahun ini, ramai kawan-kawan Cmc yang sudah berumah tangga, membawa anak dan berjaya dalam bidang masing-masing, alhamdulillah tahniah kepada semua. Siapa sangka rezeki dan nikmat tuhan nak bagi pada hambanya dalam bermacam-macam cara.
Cmc sendiri bersyukur Allah masih berikan rezeki kepada diri ini dalam cara yang lain. Walaupun belum punya jodoh, tetapi tetap bersyukur masih punya kawan-kawan berkongsi suka duka dan gelak tawa. Terima kasih sahabat, kerana sentiasa bersama!
Di sini Cmc nak berkongsi sedikit kenangan sambutan ulang tahun kelahiran Cmc  ke-23. Iaitu tahun terakhir menyambutnya bersama ayahanda tercinta. Ayahanda belikan Cmc kek berbentuk Garfield, satu-satunya kartun yang Cmc suka. Ayahanda jenis yang x suka bertanya dan jarang buat kejutan untuk orang, tapi tahun itu merupakan tahun paling bermakna buat kami semua. Sudah 3 tahun ayahanda pergi tetapi kenangan kek Garfield itu tetap segar dalam ingatan. Dah xda orang lain lagi yang nak belikan kek begitu. Ayahanda sungguh special!
Dan bonda x pernah sekali lupa mengucapkan selamat hari lahir, biarpun jauh tapi ingatannya pada si anak tak pernah luput. Terima Kasih! Semoga tahun ini memberi lebih banyak peluang untuk diri ini membaiki diri dan membalas jasa orang tua. Semoga bonda juga sihat dan diberi kesihatan yang baik untuk beribadah, insyaAllah. 


Ahad, 13 Mei 2012

setiap hari adalah hari ibu



 setiap degupan jantungku bermula darimu ibu

 


dengarkan lah ibu ikhlas dari hati ini..
aku anakmu yang selalu memelukmu menciummu
memang banyak dosa yang telahku lakukan
menyakiti dikau , ku mohon maafkan

***********************
selamat hari ibu
ku ucap kepadamu walau ku jauh disini
ku harap kau terus menanti kepulangan ku tuk temanimu
hingga ke akhir nanti
aku janji...
***********************
kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
punyai pari-pari iaitu kamu
ku pastikan agar kau sentiasa bahagia
inginku nyatakan kau milik syurga

selamat hari ibu~~~




Jumaat, 11 Mei 2012

Nikmatnya datang kemudian.


Kenapa perlu bersedih ianya berlaku?
______________________________________

*** Seringali kita menyalahkan takdir apabila tidak bertemu dengan insan yang betul untuk dijadikan teman hidup. Kenapa jadi begitu?Manusia terlalu cepat menghukum, tidak berfikir sebab dan akibat.
Tuhan pertemukan kita dengan orang yang salah kerana bersebab.Kita kena percaya setiap yang berlalu pasti bersebab. Tuhan putuskan hubungan sesama manusia itu kerana mahu gantikan dengan insan yang lebih baik. Kerana itu, janganlah terlalu bersedih mengenangkan takdir yang dikatakan tidak adil. Bersabarlah .Allah itu maha adil.

Selasa, 8 Mei 2012

ini semua memori semata..

suami orang...peh..agak lama cite cerita ni tersimpan jadi pekasam dalam draft aku.
_______________________________________________________________
***tetiba teringat nak publish sebab semalam aku termimpikan beliau si somi org..pelik juga sebab xde terfikir langsung hal dia.tetibe muncul .
***actually,dia org pertama yg mengajar aku bab cintan cintun nih. sebelum ni mana pernah aku jatuh cinta,..jenis x nak dekat dengan lelaki,weks![sile muntah dalam bju kau]...errr...ok, bia aku bg clue sket ciri2 beliau ni.sangat matured[dia tua 3 taun dr aku],kulit cerah.[cerah sket dr aku je]suka kale pink[kaler paling aku nyampah sbenanye], opismate aku, .asal tapah.nama beliau mula dgn huruf F.ok cukup.
***kenal dia sbb aku praktikal satu opis dgn beliau.dlm ms berpraktikal 2 la,masa bahgia.peh..bercinta x hengat duniawi wei!kemain g...dh agak lama berkawan,baru la memsg berani bwk jumpa parents memsg..aku tgk family dia sgt sporting.[maybe sbb parents dia muda gamaknye],bawak plak jumpa parents aku..omak den bekonan tp boss besar[arwah abah aku] xberapa berkenan. aku pn xtau nape..maybe beliau terlebih ensem dr bapak aku???wakakaa..ya ampun abah,kaulah lelaki paling hensem dlm hidup aku!seyes! then,aku bekawan  mcm biasa,adala sampai setaun...nk masuk tahun kedua,memsg bz memanjang...but itu ok lg,....biasa laa..
_________________________________________________________________________________
***aku igt lagi hari tu hari jumaat,pukul 11:00pagi.gaduh perang besar.[adalah isunya-RAHSIA]..macam gduh laki bini je lagaknya..dah la begaduhya dekat station bus tapah 2,hahaa..***zaman kebodohan aku***..dipendekkan cerita,aku dgn dia clash aritu jugak.panas hati betei ![minah ni jenis panas baran]..lama jugaklah kami x berkontek.sampai la dia cr aku balik,2 pun ats nasihat mak memsg yg nk bebaik semula.okfine mak,aku ikut.buang semua cite lama.try terima balik beliau...2 minggu pertama,nampak everything under control, masuk minggu seterusnya,aku rasa lain mcm.dari lagaknya, perangainya, cakapnya,..aku rasa mcm ada somethg dia sorok..
***satu ari, abg angkat aku yg satu opis dulu,kontek aku ..bulan januari.dia tanya nak ikut g kenduri si F x??[oh,lupa..semua opismate aku xtau cerita aku dan dia bercinta].aku pelik..kenduri ape pulak..F x penah cite pn..then abg angkat aku bg kat jemputan.oii kad jemputan 2!!KAD JEMPUTAN KAHWIN MUHD F*****BIN ******..menyirap darah ...setitik dua airmata tumpah..x terkata,x terkeluar sepatah perkataan. abg tanya,kau pesal dek??nk ikut ke x...[oi x pasan ke airmata aku da jatuh lelaju ni],,then bru laaa abg tanya hal sebenar~~ecehhh..terpaksa la cite dr mula.
***rupanya,dalam usaha kami berbaik semua 2,pada masa yg sama beliau dah berkenalan dengan orang lain..kenalnya sekejap then terus bertunang. dalam hal ni aku x salahkan parents dia sbb dorg sendr xtau halatuju hubungan kami 2.dorg pn ikutkan jelah kata beliau yg nk bertunang dgn org len 2.fine.oleh kerana bukti dah ada dalam tgn,aku tunjuk kat mak.kelu org tua  2 nak bg pendapat.xpa mak,aku teruskan misi.korang tau misi aku apa masa tu??aku nk pegi kenduri kawen beliau..saja nk tengok dengan mata kepala sendiri. tapi x kesampaianlah....hari dia nikah 2,sama dengan hari bertunang sepupu rapat aku kat kl. hati masa 2 dh membara je nk pegi tapah tengok dia kawen tapi sepupu2 aku halang.dorang cakap buat ape sakitkan lagi hati yg dh sedia ada sakit, terluka. kuat sangat ke hati 2 nak berhadapan dengan hakikat..pehpehpeh...aku bukan boleh dengar kata2 lembut pujukan mcm ni..menangis lagi..frust gile..
***malam 2 aku mesej enset dia,ucap tahniah.satu perkataan 2 je.dia x reply sbb off enset.xpa.....selang seminggu lepas kawen,baru la reply mesej aku.biasalah..cakap sory.dia cakap terpaksa.wei!ini bukan drama swasta lah!.pandai cakap belok2,igt aku budak tadika?.....


***nanti aku sambung cerita part II ok?