corat-coret

hidup ini lebih bermakna bila ada kenangan

yAng ngIkut dI BlaKanGku

Selongkar sendiri ye

Ahad, 18 Disember 2011

sehari bersamamu

::assalammualaikum::
entry serius

Dia terlantar sakit sejak 4 tahun yang lalu di atas katil. Keseluruhan badannya lumpuh akibat sakit kepala yang kerap dihidapi.  Hanya panadol peneman tiapkali sakit kepala itu menyerang. Ianya bermula apabila beliau mengatakan ingin tidur sebentar bagi menghilangkan kesakitan. Namun takdir tuhan telah menentukan segalanya .Beliau tidak  lagi bangun dari katil ketika si isteri cuba menggerakkannya bangun dari tidur. Sejak itu, keadaan keluarga ini telah berubah apabila beliau telah koma selama 6 bulan. Sebanyak tiga kali pembedahan telah dilakukan ke atasnya. Syukur alhamdulillah selepas 6 bulan koma,beliau tersedar tetapi tidak mampu lagi menggerakkan anggota badan hinggakan keadaannya sama seperti bayi kecil yang perlu disediakan semua keperluan hariannya.

Sebagai isteri,Puan Rosilah binti Hassan sedikit pun tidak pernah mengeluh,malah menjaga suaminya dengan penuh kasih sayang ibarat menatang minyak yang penuh. Semua kebajikan suami diambil kira. Dengan kudrat dan tenaga yang ada , beliau menyuapkan makanan, memakaikan lampin pakai buang malah sentiasa mengawasi keadaan beliau supaya tidak dihinggapi demam. Bagi beliau, tiada yang lebih membahagiakan dan bererti apabila dapat memenuhi dan menghabiskan sisa hidup bersama suami tercinta yang kini hanya mampu terbaring di atas katil.

Pada 16 Disember 2011, satu program kemasyarakatan SEHARI BERSAMAMU anjuran BIRO INFORMASI DAN PENERBITAN DEWAN PENGINAPAN PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA DENGAN KERJASAMA JABATAN PENDAFTAR UUM telah mengadakan kunjungan ke kediaman keluarga ini bertempat di Changlun Kedah. Seramai 40 orang sukarelawan DPP PETRONAS membuat lawatan sosial dengan mengadakan gotong royong di kawasan rumah serta memberi sumbangan barangan keperluan. Ketika berkunjung ke kediaman ini, wanita ini sedang membuat persediaan untuk memandikan suami tercintanya. Dengan bantuan sukarelawan, suaminya dapat dimandikan dengan sempurna. Untuk pengetahuan pembaca, suami wanita ini hanya mandi sebulan sekali kerana  dengan  kudrat yang tidak seberapa, beliau perlu mengangkat suaminya untuk memandikannya dan menukar lampin. Beliau tidak mampu melakukannya berseorangan, malah untuk meminta pertolongan keluarga seperti ibu mertua yang sudah tua di samping anak yang masih kecil.

Dengan keadaan yang serba kekurangan,perbelanjaan mereka turut bertambah apabila anak sulungnya ditawarkan pengajian di sebuah universiti tempatan manakala anak keduanya bersekolah di MRSM.Pendapatan hasil daripada pencen suami sebanyak dua ratus  hanya sekadar mengisi perut mereka 3 beranak sahaja dirumah iaitu beliau,anak bongsu serta ibu mertuanya,manakala anak2 yg lain tinggal diasrama. Wanita ini tiada sumber pendapatan yang lain kerana tidak bekerja. Ini kerana suaminya tidak boleh ditinggalkan bersendirian kerana memerlukan perhatian yang lebih. Pun begitu,keadaan suaminya yang semakin mengecut akibat tidak mendapat zat yang secukupnya. Hanya minuman susu, roti serta buah sahaja yang mampu ditelan melalui bantuan suapan dari beliau atau ibu mertua yang sentiasa berada disisi menjaga anak lelakinya.

Tiada apa yang mampu keluarga ini lakukan selain menjaga dengan sempurna dan bersabar. Menurut doktor yang pernah merawat suaminya apa yang perlu diberi perhatian ialah memastikan kesihatannya terjaga dan tidak boleh sakit untuk mengelakkan keadaanya menjadi lebih kronik. Saya menyeru kepada anda yang prihatin memberi bantuan dari segi barangan serta kewangan kerana menjaga pesakit sebegini memerlukan kos rawatan yang tinggi..Marilah kita bersama-sama hulurkan bantuan ringankan beban yang ditanggung oleh keluarga ini.


p/s: pesakit di atas adalah merupakan bekas staf uum yang bekerja sebagai pembantu tadbir iaitu encik ridzal bin ramli. Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh la menghubungi saya di talian 0124002448 ataupun add saya di facebook cik maya culleen. Semoga keluarga ini mendapat perhatian daripada masyarakat di luar sana. Di sini juga saya sertakan gambar2 dan aktiviti yang kami lakukan.

abang ridzal bersama maktok

Pengetua DPP PETRONAS UUM memberi sumbangan kepada kak Rosila sambil diperhatikan oleh ibu abg Ridzal


beliau cuma mampu terlantar baring

antara sukarelawan siswi yang membersihkan laman rumah

membersihkan diri dengan bantuan sukarelawan siswa

siswa siswi membanting tulang bersama-sama

sukarelawan bersama keluarga abg ridzal

sukarelawan siswa memakaikan baju



antara sumbangan yang diberikan

sebahagian siswa siswi yang turut serta dalam program SEHARI BERSAMAMU