corat-coret

hidup ini lebih bermakna bila ada kenangan

yAng ngIkut dI BlaKanGku

Selongkar sendiri ye

Jumaat, 11 November 2011

Belajar Ubati Kekecewaan

hey readers,..arini CMC nak cerita pasal kecewa.siapa yang x pernah merasai sebuah kekecewaan? x kira la dalam bentuk apa jua jenis kecewa itu. CMC percaya semua orang tentu pernah laluinya. bagi remaja ,perasaan ini memang dah sinonim dalam hidup.masalah keluarga, putus cinta dan gagal dalam peperiksaan adalah merupakan punca utamanya.

anda normal jika pernah merasai perasaan kecewa dan kesal sepanjang hidup.tapi jangan biarkan perasaaan itu menguasai diri hingga mendorong anda bertindak di luar dugaan dan mengalami tekanan yang boleh merosakkan diri dan kerjaya. CMC sendiri mengakui pernah menghadapi tekanan yang teruk dalam hidup. alhamdulillah berkat kesabaran keluarga terutamanya bonda yang sentiasa bersama memberi semangat untuk meneruskan hidup, akhirnya CMC bangkit daripada kekecewaan dan syukur sangat kenangan lalu pergi jua akhirnya.biar pun telah menjadi sebuah kenangan, tapi sedikit sebanyak ttp ada dalam diri CMC , boleh mengenang kembali sejarah lalu tapi jangan sampai memakan diri,sebab kenangan dan sejarah lalu itu adalah sebahagian dr dalam diri.macam mana kita nak lari dari sebuah sejarah kn??

jadi,sebagai remaja, anda seharusnya mengharunginya dengan matang. cuba belajar untuk mengubati kekecewaan. tidak semestinya rasa kecewa itu akan berterusan sebab jika kita yakin dan terus bersemangat  pasti ada harapan pada masa hadapan.

CMC dah cuba atasi kekecewaan itu dengan mengikuti panduan dari bonda. katanya ada 5 perkara pentingyang boleh dibuat untuk buang perasaan kesal dan kecewa itu.

  • belajar terima kenyataan
  • berfikir panjang
  • sentiasa positif
  • belajar meluahkan
  • tumpu dan fokuskan pada hidup
belajar terima kenyataan:
kata bonda, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukannya. maksud bonda CMC, sebagai manusia kita x boleh menentukan kehidupan sebab segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan Ilahi. apa yang boleh kita lakukan hanya lah sentiasa BERUSAHA mengubah nasib kita. nasib kita xboleh dijangka. ada kalanya kita bernasib baik, ada masanya kita diuji dengan pelbagai dugaan. rasa kecewa dan kesal itulah rintangan yang diberi, jadi hadapinya dengan tenang dan redha kerana kita harus percaya setiap satu daripada dugaan itu mempunyai hikmah tertentu.

berfikir panjang:
cuba untuk membuat senarai pro dan kontra sebelum membuat keputusan supaya x rasa terlalu kecewa bila berlaku perkara yang x dijangkakan. kata bonda lg,biarkan ia berlalu ,lama kelamaan perasaan itu akan dapat diatasi dengan sendirinya.

berfikiran positif:
mari mengenang kembali peristiwa sebab kebahagiaan yang dimiliki hari ini mungkin adalah disebabkan pengalaman silam dulu.memang susah untuk fikir positif apabila berdepan dengan sesuatu tragedi, tetapi sebelum itu diri haruslah bertenang. dengan bertenang, kita akan dapat berfikir dengan betul. jangan terlalu mengikut perasaan, sebaliknya cuba tumpukan perkara positif yang pernah dilakukan dalam hidup.

luahkan:
jangan pendamkan rasa kecewa.kita kena belajar untuk meluahkan rasa kecewa itu sebab jika x diluahkan ia boleh memakan diri..berkongsilah rasa itu dengan orang boleh dipercayai.pada pendapat CMC, ibu bapa adalah antara individu terbaik yang boleh dikongsi bersama.masa CMC mengalami tekanan perasaan dulu, bonda dan ayahanda adalah individu paling banyak mendengar luahan dan rintihan hati. kedua-duanya sentiasa ada bersama CMC. bila rasa kecewa tu diluahkan, sedikit sebanyak perasaan kecewa dan kesal tu hilang dengan pujukan, kata-kata semangat dan nasihat yang diberi.

beri tumpuan pada hidup:
bonda sentiasa mengingati CMC dengan nasihatnya supaya terus berusaha untuk mencapai matlamat. bila dalam hidup kita telah menetapkan sebuah matlamat yang ingin dicapai, segala cabaran dan rintangan boleh dihadapi dengan mudah. apa yang penting, jangan biarkan perkara remeh menghantui hingga menjadikan kita semakin kecewa. x salah untuk berasa kecewa tetapi jangan sampai kita lupa tujuan hidup.

::kesimpulannya, belajar lah ubati kecewa, jangan biarkan ia mengganggu hidup selama-lamanya, kita punya matlamat dalam hidup, jadi teruskan berusaha untuk mencapainya,insyaAllah.

p/s:terima kasih kerana membaca =D

2 ulasan: