corat-coret

hidup ini lebih bermakna bila ada kenangan

yAng ngIkut dI BlaKanGku

Selongkar sendiri ye

Rabu, 16 November 2011

Selasa, 15 November 2011

sukarelawan uum sedia berkhidmat!

assalammualaikum
**********************************************
entry kali ini pasal kesediaan para sukarelawan UUM untuk turun menawarkan bantuan kemanusiaan mangsa-mangsa banjir. CMC ada join program ni taun lepas,masa kedah banjir aritu..kami tolong penduduk kampung Pantai Johor kat Jitra..

so,if ditakdirkan akhir taun ni berlaku lagi musibah banjir, insyaAllah kami sedia datang menghulurkan bantuan . kat bawah ni ada gambar2 masa CMC jd sukarelawan banjir
my adek2 yg turut membantu...err berposing

[fiera & qie]
tengok la paras tinggalan banjir 2..sampai pinggang

antara kemusnahan harta benda yang berlaku

heh,gamba ni pon hade???
[kami tengah kelaparan]

with my bff siti najwa ismail..she owesome!
auw..masuk majalah!..ok pasan!
***********************************************************
P/s:: kami jadi sukarewalan banjir bukan kerana publisiti, tapi sebab atas kesedaran dan  tanggungjawap sebagai mahasiswa/wi dalam membantu meringankan bebanan mangsa- mangsa banjir. jika diberi peluang lagi , insyaAllah dengan sepenuh hati kami sedia membantu.

**********
di sini ada sedikit berita mengenai
*******selamat membaca*******

Rajin Yang Tidak Diduga

Assalammualaikum
--------------------------------------------------------------
hey,entry tibe2 afte tade idea nak menyiapkan asemen##
actually td lepas menung2 xda idea nak buat ayat asemen,saje godek2 balik cik diary yg x seberapa lawa ni..then ai realize b4 dis,xpenah merajin nak update entry , dalam sebulan paling tidak pon satu entry sbb xda ms nak buat.kihkihkih...
------------------------------------------------
bukak punya bukak....owh rupanya dalam bulan ni dah ada 6 entry yang ak buat..err...kan?

-------------------------------------------------------------------------
dalam xda idea nak buat asemen, ada lak idea nak merepek kt sni, hehe..eh,korang musti pecaya, bhwsanya ai bukan malas pikir buat ayat asemen tapi sebetulnya otak mmg dah xdapat nak menjana idea dan hujah2 bernas, so kena la alirkan energi2 ke tempat len dlu..sekian =D


Ahad, 13 November 2011

Contest Candid Time by Muna Rahimah

:: Assalammualaikum::,
tetibe update cik beloq sebab terguda dengan contest adek manja ni muna rahimah,perg!!tah pape..tengah2 sebuk asemen,leh lak update entry kn =)

beliau kate ade syaratnye..err..apakah??guwa malas nak cite,korg klik sndr eh kat sini tau , 


okes,now pict candid yg nk guwa letak:


sekiang dr cmc.....nak tag kat sapa eh??

#saja suka suki =)


Jumaat, 11 November 2011

Belajar Ubati Kekecewaan

hey readers,..arini CMC nak cerita pasal kecewa.siapa yang x pernah merasai sebuah kekecewaan? x kira la dalam bentuk apa jua jenis kecewa itu. CMC percaya semua orang tentu pernah laluinya. bagi remaja ,perasaan ini memang dah sinonim dalam hidup.masalah keluarga, putus cinta dan gagal dalam peperiksaan adalah merupakan punca utamanya.

anda normal jika pernah merasai perasaan kecewa dan kesal sepanjang hidup.tapi jangan biarkan perasaaan itu menguasai diri hingga mendorong anda bertindak di luar dugaan dan mengalami tekanan yang boleh merosakkan diri dan kerjaya. CMC sendiri mengakui pernah menghadapi tekanan yang teruk dalam hidup. alhamdulillah berkat kesabaran keluarga terutamanya bonda yang sentiasa bersama memberi semangat untuk meneruskan hidup, akhirnya CMC bangkit daripada kekecewaan dan syukur sangat kenangan lalu pergi jua akhirnya.biar pun telah menjadi sebuah kenangan, tapi sedikit sebanyak ttp ada dalam diri CMC , boleh mengenang kembali sejarah lalu tapi jangan sampai memakan diri,sebab kenangan dan sejarah lalu itu adalah sebahagian dr dalam diri.macam mana kita nak lari dari sebuah sejarah kn??

jadi,sebagai remaja, anda seharusnya mengharunginya dengan matang. cuba belajar untuk mengubati kekecewaan. tidak semestinya rasa kecewa itu akan berterusan sebab jika kita yakin dan terus bersemangat  pasti ada harapan pada masa hadapan.

CMC dah cuba atasi kekecewaan itu dengan mengikuti panduan dari bonda. katanya ada 5 perkara pentingyang boleh dibuat untuk buang perasaan kesal dan kecewa itu.

  • belajar terima kenyataan
  • berfikir panjang
  • sentiasa positif
  • belajar meluahkan
  • tumpu dan fokuskan pada hidup
belajar terima kenyataan:
kata bonda, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukannya. maksud bonda CMC, sebagai manusia kita x boleh menentukan kehidupan sebab segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan Ilahi. apa yang boleh kita lakukan hanya lah sentiasa BERUSAHA mengubah nasib kita. nasib kita xboleh dijangka. ada kalanya kita bernasib baik, ada masanya kita diuji dengan pelbagai dugaan. rasa kecewa dan kesal itulah rintangan yang diberi, jadi hadapinya dengan tenang dan redha kerana kita harus percaya setiap satu daripada dugaan itu mempunyai hikmah tertentu.

berfikir panjang:
cuba untuk membuat senarai pro dan kontra sebelum membuat keputusan supaya x rasa terlalu kecewa bila berlaku perkara yang x dijangkakan. kata bonda lg,biarkan ia berlalu ,lama kelamaan perasaan itu akan dapat diatasi dengan sendirinya.

berfikiran positif:
mari mengenang kembali peristiwa sebab kebahagiaan yang dimiliki hari ini mungkin adalah disebabkan pengalaman silam dulu.memang susah untuk fikir positif apabila berdepan dengan sesuatu tragedi, tetapi sebelum itu diri haruslah bertenang. dengan bertenang, kita akan dapat berfikir dengan betul. jangan terlalu mengikut perasaan, sebaliknya cuba tumpukan perkara positif yang pernah dilakukan dalam hidup.

luahkan:
jangan pendamkan rasa kecewa.kita kena belajar untuk meluahkan rasa kecewa itu sebab jika x diluahkan ia boleh memakan diri..berkongsilah rasa itu dengan orang boleh dipercayai.pada pendapat CMC, ibu bapa adalah antara individu terbaik yang boleh dikongsi bersama.masa CMC mengalami tekanan perasaan dulu, bonda dan ayahanda adalah individu paling banyak mendengar luahan dan rintihan hati. kedua-duanya sentiasa ada bersama CMC. bila rasa kecewa tu diluahkan, sedikit sebanyak perasaan kecewa dan kesal tu hilang dengan pujukan, kata-kata semangat dan nasihat yang diberi.

beri tumpuan pada hidup:
bonda sentiasa mengingati CMC dengan nasihatnya supaya terus berusaha untuk mencapai matlamat. bila dalam hidup kita telah menetapkan sebuah matlamat yang ingin dicapai, segala cabaran dan rintangan boleh dihadapi dengan mudah. apa yang penting, jangan biarkan perkara remeh menghantui hingga menjadikan kita semakin kecewa. x salah untuk berasa kecewa tetapi jangan sampai kita lupa tujuan hidup.

::kesimpulannya, belajar lah ubati kecewa, jangan biarkan ia mengganggu hidup selama-lamanya, kita punya matlamat dalam hidup, jadi teruskan berusaha untuk mencapainya,insyaAllah.

p/s:terima kasih kerana membaca =D

Khamis, 3 November 2011

Spontaneous Thurday

::typo paling klaka penah aku dengar::
SEPUT API

apa pengorbanan anda?

hey,assalammualaikum! entry kali ni kita serius sket ok?bukan apa,ia bagi menghormati ibadah kurban yang bakal menjelang tiba,insyaAllah..
************************************************
# seperti yang kita tau, ibadat haji itu adalah  RUKUN  ISLAM  yang kelima. bagi mereka yang berkemampuan adalah DIWAJIBKAN untuk menunaikannya..InsyaAllah ada rezeki dan panjang umur nanti CMC nak bawa mama  bersujud di hadapan Baitullah.
# mari kita menghayati sekejap : ibadat haji ditunaikan pada 10 hingga 13 zulhijjah, pd tarikh tu,semua umat ISLAM seluruh dunia berkumpul di kota suci Mekah untuk menunaikannya.
# selain itu umat ISLAM digalakkan melakukan pengorbanan..Pengorbanan yang dimaksudkan tu sebenarnya bukan la kita disuruh buat macam yang nabi Allah Ibrahim a.s, menyembelih anaknya Ismail a.s[betulkan saya kalau nama nabi Allah tu salah] tetapi sebenarnya baginda menurut perintah Allah s.w.t dengan penuh redha..maka itu Allah pun menggantikan Ismail dengan seekor kibas
# jadinya,itulah pengorbanan nabi Ibrahim a.s yang memang xda tolok bandingnya
#satu lagi mengenai ibadah ni, selain mengorbankan binatang,kita juga dituntut melakukan apa saja pengorbanan dalam meninggikan syiar Islam.

## ada banyak pengorbanan yang boleh kita lakukan:

  • pengorbanan isteri terhadap suami
  • pengorbanan ibu terhadap anak
  • pengorbanan rakyat kepada negara
#apa pengorbanan kita pula?sama2 kita renungkan dan selamat beramal
**salam aidiladha untuk semua

Rabu, 2 November 2011

Wordless Wednesday

jawapan kepada soalan seorang adek blogger

ngeeeh..ngeeh..ngeehh...da lama x update belog bersawang ni,tetiba di"update' kn belog ini sebab kene jawap 11 soalan paling maut dari sorang adek blogger yg shuwet nih muna , okey mai kita tgk apa soalan maut yg dia nak tanya tu..


  1. Must tag these rules
  2. Post 11 things about themselves in their post
  3. Answer the questions that those tagger set u in their post and create new question for the people you're tagging to answer
  4. Have to choose 11 peoples to tag in your post 
  5. Don't forget to tell them that they were tagged
  6. No tag backs!
  7. No stuff in the tagging section stating something like "you are tagged if you are reading this". by reading this rules you are trusted to have legitimately tagged 11 peoples.


11 things bout cikmayaculleen
  • anak bongsu daripada dua beradik[perempuan tunggal]
  • masih stdy di universiti utara malaysia,i am marketing holder and now stdying in bachelor of business administration with hons
  • seorang yang agak panas baran
  • x reti nak pujuk orang
  • peminat fanatik cite twilight saga-new moon-eclipse and upcoming on dis 25nov11-breaking dawn
  • ada seko bantal bucuk si gapil-umur dia dah 11taun
  • xsuka mengalah dengan abang
  • walaupun umr sudh middle of age,kdg2 perangai sy mcm budk-my mum said dats!
  • peminat kereta HONDA
  • baru belajar berblogging-sile la korg tgk polower pn xramai g
  • sangat sayang group Blogger Perak sebab xpenah lagi jumpa group mcm ni..slalu happening dan mementingkan ikatan persaudaraan!WE ARE FAMILY
okey now,jom jawap 11 soalan dr adik kecik yg manja ni::

umur berapa???
i am 25 dis year! -tanpa ragu2 jawap because i juz love my age!
single/relation/married???
masih tidak terikat dengan sesiapa
hari jadi awak bila???
ok,my bufday on 14may1986
suke color ape?dan kenapa???
sangat sukakan color purple sebab purple sangat cool!
suka call atau sms???
suka lagi sms sebab save kredit,hehe[maap kdg2 sy sgt kede nk isi topup]
blog paling lawa dan best???
saya adalah salah seorang peminat Tamar Jalis,jadi sangat2 suka melawat cite2 dalam blog beliau!
barang yang paling awak sayang???
bantal busuk gapil sebab selalu heret dia merata2 sampai la sekarang belajar kat sintok
beri 3 sifat positif anda
penyayang,suka senyum,suka ketawa
beri 3 sifat negatif anda
panas baran,kuat merajuk,degil
haiwan yang paling awak sayang???
kucing..meoww..
awak sayang saya x?kenapa???
sy syg awk sebab sy xde adik..boleh awk jd adk sy???





ini pulak 11 soalan cepu perak ak nak tanya kat korg

  1. panggilan manja awk ape?
  2. enset apa yg awk pakai?
  3. tarikh lahir awak bila?
  4. 3 perkataan yang sesuai untuk saya
  5. ada berapa org adik beradik dan ank ke berapa?
  6. berapa kali pernah putus centa?
  7. suka tengok movie apa?
  8. apa barang yang awak selalu bawa?
  9. apa hadiah harijadi yang awak nak bagi pada mak dan ayah?
  10. boipren/gelpren orng mn?
  11. sudi x jadi kawan dunia akhirat saya?

sape aku nak tag nih???

okbai#itu je ak nak tau