corat-coret

hidup ini lebih bermakna bila ada kenangan

yAng ngIkut dI BlaKanGku

Selongkar sendiri ye

Khamis, 2 Jun 2011

4jun2011

tarikh yang x akan pernah aku lupakan hingga ke akhir hayat.bulan ni genap sudah ayahanda meninggalkan aku,mama,dan abg.cepat betul masa berlalu.
x pernahku duga akan merasai saat2 ni,kehilangan hero tercinta..ibarat separuh jiwaku pun pergi bersama kenangan arwah.
siapa sangka di pagi yang ceria itu,abah ketawa gembira meninggalkan IJN,dengan penuh keyakinan mengatakan dirinya masih lagi kuat dan sihat.bersungguh2 arwah menyebarkan berita kpd rakan2 rapatnya bhw beliau masih kuat untuk berdiri di atas bumi ini..memang begitu sifatnya abah,ceria dan sentiasa bergurau dengan orang keliling.

tengahari itu...
.lepas je berjumpa doktr,sempat lagi mengajak biras , anak sulungnya si abg, dan aku menemaninya mencari kereta baru..katanya dah xlarat nak bawa motor ke tempat kerja,, 3 4 buah kedai km masuk,tp satu jenis kereta pn abah x berkenan.

sedetik itu...entah kenapa aku lalai..betul2 bodoh!langsung x teringat sesungguhnya abh  2 bukan la sht sepenuhnya,tapi ak biakan je abh berpanas di tengahari melihat kereta2...sungguh,aku bodoh!aku lupa!ya Allah...cuainya aku..mengambil mudah atas kesihatan abah!

balik dari kedai kereta.....
xde ape perubahan,..abah masih lagi dengan sikap suka berguraunya..bermain dengan anak buah dan bergurau dengan aku..cuma di wajahnya ada keletihan..

malam...
malam itu..selepas solat maghrib,kami plan nak makan luar beramai2..masing2 bersiap sementara tggu abah usaikn solatnya..tapi hatiku berdetik,kenapa abah solat lama sangat dalam bilik...rupanya ada peristiwa bakal terjadi..usai menunaikan solatnya,abah mengadu pada mama mengatakan badannya letih..mama ckp klu letih,kt xpayah la ikut budak2 makan luar,,tapi abah bantah..katanya bukan senang kt nk jumpa adik beradik,biar la kt mkn luar..

dalam kereta,aku hanya senyap memerhatikan abah..abah x bg acu  drive sebab dia tau,acu xcukup cekap..jd abah nk juga drive mlm 2..ms drve 2 abah cuma diam je..cuma skali skala terlihat diwajahnya menahan sesuatu..rupanya, abah menahan sakit dada..mama dh risau,minta abah berhenti di tepi jalan,sementara ak menelefon pakjang ..dalam kereta,keadaan jd bertambah kecoh bila mama suruh abah makan ubat utk tahan sakit,lepas je mkn ubat 2,tb2 abah kata dadanya lg bertambah sakit,alhamdulillah,kereta yang lalu lalang xbanyak malam 2.aku pimpin abah ke kereta pakjang,,pakjang trs bwk abah ke IJN semula,sementara aku dan acu drve sdr ke IJN,
KL....bukan lah tempat kami,datangnya cuma setahun sekali,habis sesat larat xjumpa IJN..terpaksa call pakjang semula amik km,lepas pakjang drop abah,mama,n makjang ke IJN,

sesampai je IJN,aku mencari mama...memeluk dan menenangkannya..sementara acu call abg yg balik ke shah alam sekejap mengambil barang2nya..makjang call adik beradik yg lain..dalam hatiku berdoa dan berharap abah ok di dalam sn..tapi hatiku x keruan melihat mama menitiskan airmata,,xhenti2 berdoa semoga abah selamat....

setengah jam dalam bilik kecemasan....
doktor keluar dan mencari waris..berharap supaya waris bertenang dengan berita itu..
ya Allah..sesungguhnya sewaktu berita itu sampai ke telinga,kakiku lemah,hampir terjatuh mendengarnya,mama menangis....hanya airmata yang keluar tanpa tangisan suara...mama hanya mampu mencium dan memeluk jasad abah...pergi sudah teman hidupnya...begitu jua hero yang ku sayangi..tiada lagi usikan manja dari abah untuk ank bongsunya,dan tiada lagi teman tidur untuk menemani mama...apa tahlagi ketua keluarga...

tanggal 4jun itu,sentiasa diingati...
begitu sukar untuk melupakan kesakitan pabila kehilangan org yg disayangi..
dulu..aku x mengerti perasaan rindu itu..hinggalah bl abah tiada lg di dunia,bru ku rasai kerinduan untuk  memanggil 'abah'...tiada siapa dapat menggantikan tempat istimewa itu..hanya abah...
ABU BAKAR BIN DIN

3 ulasan:

  1. akak,baru saya taw ape yang terjadi tanggal 4 jun tu..saya harap akak bersabar yea..sesungguhnya semua yang hidup akan mati..begitu juga kita kak..kita juga akan bertemu Yang Maha Esa.suatu hari nnti..masa kita akan tiba..saya doakan arwah abah akak berada ditempat org2 yang soleh..amin !

    BalasPadam
  2. kuat cmc ek.. same la nsb kte..

    BalasPadam