corat-coret

hidup ini lebih bermakna bila ada kenangan

yAng ngIkut dI BlaKanGku

Selongkar sendiri ye

Khamis, 22 Disember 2011

Ahad, 18 Disember 2011

sehari bersamamu

::assalammualaikum::
entry serius

Dia terlantar sakit sejak 4 tahun yang lalu di atas katil. Keseluruhan badannya lumpuh akibat sakit kepala yang kerap dihidapi.  Hanya panadol peneman tiapkali sakit kepala itu menyerang. Ianya bermula apabila beliau mengatakan ingin tidur sebentar bagi menghilangkan kesakitan. Namun takdir tuhan telah menentukan segalanya .Beliau tidak  lagi bangun dari katil ketika si isteri cuba menggerakkannya bangun dari tidur. Sejak itu, keadaan keluarga ini telah berubah apabila beliau telah koma selama 6 bulan. Sebanyak tiga kali pembedahan telah dilakukan ke atasnya. Syukur alhamdulillah selepas 6 bulan koma,beliau tersedar tetapi tidak mampu lagi menggerakkan anggota badan hinggakan keadaannya sama seperti bayi kecil yang perlu disediakan semua keperluan hariannya.

Sebagai isteri,Puan Rosilah binti Hassan sedikit pun tidak pernah mengeluh,malah menjaga suaminya dengan penuh kasih sayang ibarat menatang minyak yang penuh. Semua kebajikan suami diambil kira. Dengan kudrat dan tenaga yang ada , beliau menyuapkan makanan, memakaikan lampin pakai buang malah sentiasa mengawasi keadaan beliau supaya tidak dihinggapi demam. Bagi beliau, tiada yang lebih membahagiakan dan bererti apabila dapat memenuhi dan menghabiskan sisa hidup bersama suami tercinta yang kini hanya mampu terbaring di atas katil.

Pada 16 Disember 2011, satu program kemasyarakatan SEHARI BERSAMAMU anjuran BIRO INFORMASI DAN PENERBITAN DEWAN PENGINAPAN PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA DENGAN KERJASAMA JABATAN PENDAFTAR UUM telah mengadakan kunjungan ke kediaman keluarga ini bertempat di Changlun Kedah. Seramai 40 orang sukarelawan DPP PETRONAS membuat lawatan sosial dengan mengadakan gotong royong di kawasan rumah serta memberi sumbangan barangan keperluan. Ketika berkunjung ke kediaman ini, wanita ini sedang membuat persediaan untuk memandikan suami tercintanya. Dengan bantuan sukarelawan, suaminya dapat dimandikan dengan sempurna. Untuk pengetahuan pembaca, suami wanita ini hanya mandi sebulan sekali kerana  dengan  kudrat yang tidak seberapa, beliau perlu mengangkat suaminya untuk memandikannya dan menukar lampin. Beliau tidak mampu melakukannya berseorangan, malah untuk meminta pertolongan keluarga seperti ibu mertua yang sudah tua di samping anak yang masih kecil.

Dengan keadaan yang serba kekurangan,perbelanjaan mereka turut bertambah apabila anak sulungnya ditawarkan pengajian di sebuah universiti tempatan manakala anak keduanya bersekolah di MRSM.Pendapatan hasil daripada pencen suami sebanyak dua ratus  hanya sekadar mengisi perut mereka 3 beranak sahaja dirumah iaitu beliau,anak bongsu serta ibu mertuanya,manakala anak2 yg lain tinggal diasrama. Wanita ini tiada sumber pendapatan yang lain kerana tidak bekerja. Ini kerana suaminya tidak boleh ditinggalkan bersendirian kerana memerlukan perhatian yang lebih. Pun begitu,keadaan suaminya yang semakin mengecut akibat tidak mendapat zat yang secukupnya. Hanya minuman susu, roti serta buah sahaja yang mampu ditelan melalui bantuan suapan dari beliau atau ibu mertua yang sentiasa berada disisi menjaga anak lelakinya.

Tiada apa yang mampu keluarga ini lakukan selain menjaga dengan sempurna dan bersabar. Menurut doktor yang pernah merawat suaminya apa yang perlu diberi perhatian ialah memastikan kesihatannya terjaga dan tidak boleh sakit untuk mengelakkan keadaanya menjadi lebih kronik. Saya menyeru kepada anda yang prihatin memberi bantuan dari segi barangan serta kewangan kerana menjaga pesakit sebegini memerlukan kos rawatan yang tinggi..Marilah kita bersama-sama hulurkan bantuan ringankan beban yang ditanggung oleh keluarga ini.


p/s: pesakit di atas adalah merupakan bekas staf uum yang bekerja sebagai pembantu tadbir iaitu encik ridzal bin ramli. Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh la menghubungi saya di talian 0124002448 ataupun add saya di facebook cik maya culleen. Semoga keluarga ini mendapat perhatian daripada masyarakat di luar sana. Di sini juga saya sertakan gambar2 dan aktiviti yang kami lakukan.

abang ridzal bersama maktok

Pengetua DPP PETRONAS UUM memberi sumbangan kepada kak Rosila sambil diperhatikan oleh ibu abg Ridzal


beliau cuma mampu terlantar baring

antara sukarelawan siswi yang membersihkan laman rumah

membersihkan diri dengan bantuan sukarelawan siswa

siswa siswi membanting tulang bersama-sama

sukarelawan bersama keluarga abg ridzal

sukarelawan siswa memakaikan baju



antara sumbangan yang diberikan

sebahagian siswa siswi yang turut serta dalam program SEHARI BERSAMAMU



Sabtu, 17 Disember 2011

hatiku milikmu






pernahkah engkau hargai
cintaku yang sejati
pernahkah engkau mengertikan diriku ini
betapa hebatnya cintamu
memberikan sejuta pilu
betapa agungnya asmaramu
membuatku terpaku
disisimu buat ku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan 
ku cinta padamu
nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa pantas degupan jantungku
mungkinkah hatiku milikmu jua
ku sayang padamu
kan ku abadikan dikau
sewaktu kenangan yang manis
yang x mungkin aku lupa
untuk selamanya
kan ku coretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
agar jadi yang terindah
di dalam hidupku ini
disisimu buat ku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untukku meluahkan
ku cinta padamu
nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa pantas degupan jantungku
mungkinkah hatiku milikmu jua 
ku sayang padamu
bagai bahtera yang dilanda badai
gelora cinta mengucap jiwaku
ombak mencari daratan yang damai
oh cintaku
disisimu buat ku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untukku meluahkan
ku cinta padamu
nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa pantas degupan jantungku ini
mungkinkah hatiku milikmu jua
ku sayang padamu
kan ku coretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
agar jadi yang terindah
dalam hidupku ini...















Rabu, 16 November 2011

Selasa, 15 November 2011

sukarelawan uum sedia berkhidmat!

assalammualaikum
**********************************************
entry kali ini pasal kesediaan para sukarelawan UUM untuk turun menawarkan bantuan kemanusiaan mangsa-mangsa banjir. CMC ada join program ni taun lepas,masa kedah banjir aritu..kami tolong penduduk kampung Pantai Johor kat Jitra..

so,if ditakdirkan akhir taun ni berlaku lagi musibah banjir, insyaAllah kami sedia datang menghulurkan bantuan . kat bawah ni ada gambar2 masa CMC jd sukarelawan banjir
my adek2 yg turut membantu...err berposing

[fiera & qie]
tengok la paras tinggalan banjir 2..sampai pinggang

antara kemusnahan harta benda yang berlaku

heh,gamba ni pon hade???
[kami tengah kelaparan]

with my bff siti najwa ismail..she owesome!
auw..masuk majalah!..ok pasan!
***********************************************************
P/s:: kami jadi sukarewalan banjir bukan kerana publisiti, tapi sebab atas kesedaran dan  tanggungjawap sebagai mahasiswa/wi dalam membantu meringankan bebanan mangsa- mangsa banjir. jika diberi peluang lagi , insyaAllah dengan sepenuh hati kami sedia membantu.

**********
di sini ada sedikit berita mengenai
*******selamat membaca*******

Rajin Yang Tidak Diduga

Assalammualaikum
--------------------------------------------------------------
hey,entry tibe2 afte tade idea nak menyiapkan asemen##
actually td lepas menung2 xda idea nak buat ayat asemen,saje godek2 balik cik diary yg x seberapa lawa ni..then ai realize b4 dis,xpenah merajin nak update entry , dalam sebulan paling tidak pon satu entry sbb xda ms nak buat.kihkihkih...
------------------------------------------------
bukak punya bukak....owh rupanya dalam bulan ni dah ada 6 entry yang ak buat..err...kan?

-------------------------------------------------------------------------
dalam xda idea nak buat asemen, ada lak idea nak merepek kt sni, hehe..eh,korang musti pecaya, bhwsanya ai bukan malas pikir buat ayat asemen tapi sebetulnya otak mmg dah xdapat nak menjana idea dan hujah2 bernas, so kena la alirkan energi2 ke tempat len dlu..sekian =D


Ahad, 13 November 2011

Contest Candid Time by Muna Rahimah

:: Assalammualaikum::,
tetibe update cik beloq sebab terguda dengan contest adek manja ni muna rahimah,perg!!tah pape..tengah2 sebuk asemen,leh lak update entry kn =)

beliau kate ade syaratnye..err..apakah??guwa malas nak cite,korg klik sndr eh kat sini tau , 


okes,now pict candid yg nk guwa letak:


sekiang dr cmc.....nak tag kat sapa eh??

#saja suka suki =)


Jumaat, 11 November 2011

Belajar Ubati Kekecewaan

hey readers,..arini CMC nak cerita pasal kecewa.siapa yang x pernah merasai sebuah kekecewaan? x kira la dalam bentuk apa jua jenis kecewa itu. CMC percaya semua orang tentu pernah laluinya. bagi remaja ,perasaan ini memang dah sinonim dalam hidup.masalah keluarga, putus cinta dan gagal dalam peperiksaan adalah merupakan punca utamanya.

anda normal jika pernah merasai perasaan kecewa dan kesal sepanjang hidup.tapi jangan biarkan perasaaan itu menguasai diri hingga mendorong anda bertindak di luar dugaan dan mengalami tekanan yang boleh merosakkan diri dan kerjaya. CMC sendiri mengakui pernah menghadapi tekanan yang teruk dalam hidup. alhamdulillah berkat kesabaran keluarga terutamanya bonda yang sentiasa bersama memberi semangat untuk meneruskan hidup, akhirnya CMC bangkit daripada kekecewaan dan syukur sangat kenangan lalu pergi jua akhirnya.biar pun telah menjadi sebuah kenangan, tapi sedikit sebanyak ttp ada dalam diri CMC , boleh mengenang kembali sejarah lalu tapi jangan sampai memakan diri,sebab kenangan dan sejarah lalu itu adalah sebahagian dr dalam diri.macam mana kita nak lari dari sebuah sejarah kn??

jadi,sebagai remaja, anda seharusnya mengharunginya dengan matang. cuba belajar untuk mengubati kekecewaan. tidak semestinya rasa kecewa itu akan berterusan sebab jika kita yakin dan terus bersemangat  pasti ada harapan pada masa hadapan.

CMC dah cuba atasi kekecewaan itu dengan mengikuti panduan dari bonda. katanya ada 5 perkara pentingyang boleh dibuat untuk buang perasaan kesal dan kecewa itu.

  • belajar terima kenyataan
  • berfikir panjang
  • sentiasa positif
  • belajar meluahkan
  • tumpu dan fokuskan pada hidup
belajar terima kenyataan:
kata bonda, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukannya. maksud bonda CMC, sebagai manusia kita x boleh menentukan kehidupan sebab segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan Ilahi. apa yang boleh kita lakukan hanya lah sentiasa BERUSAHA mengubah nasib kita. nasib kita xboleh dijangka. ada kalanya kita bernasib baik, ada masanya kita diuji dengan pelbagai dugaan. rasa kecewa dan kesal itulah rintangan yang diberi, jadi hadapinya dengan tenang dan redha kerana kita harus percaya setiap satu daripada dugaan itu mempunyai hikmah tertentu.

berfikir panjang:
cuba untuk membuat senarai pro dan kontra sebelum membuat keputusan supaya x rasa terlalu kecewa bila berlaku perkara yang x dijangkakan. kata bonda lg,biarkan ia berlalu ,lama kelamaan perasaan itu akan dapat diatasi dengan sendirinya.

berfikiran positif:
mari mengenang kembali peristiwa sebab kebahagiaan yang dimiliki hari ini mungkin adalah disebabkan pengalaman silam dulu.memang susah untuk fikir positif apabila berdepan dengan sesuatu tragedi, tetapi sebelum itu diri haruslah bertenang. dengan bertenang, kita akan dapat berfikir dengan betul. jangan terlalu mengikut perasaan, sebaliknya cuba tumpukan perkara positif yang pernah dilakukan dalam hidup.

luahkan:
jangan pendamkan rasa kecewa.kita kena belajar untuk meluahkan rasa kecewa itu sebab jika x diluahkan ia boleh memakan diri..berkongsilah rasa itu dengan orang boleh dipercayai.pada pendapat CMC, ibu bapa adalah antara individu terbaik yang boleh dikongsi bersama.masa CMC mengalami tekanan perasaan dulu, bonda dan ayahanda adalah individu paling banyak mendengar luahan dan rintihan hati. kedua-duanya sentiasa ada bersama CMC. bila rasa kecewa tu diluahkan, sedikit sebanyak perasaan kecewa dan kesal tu hilang dengan pujukan, kata-kata semangat dan nasihat yang diberi.

beri tumpuan pada hidup:
bonda sentiasa mengingati CMC dengan nasihatnya supaya terus berusaha untuk mencapai matlamat. bila dalam hidup kita telah menetapkan sebuah matlamat yang ingin dicapai, segala cabaran dan rintangan boleh dihadapi dengan mudah. apa yang penting, jangan biarkan perkara remeh menghantui hingga menjadikan kita semakin kecewa. x salah untuk berasa kecewa tetapi jangan sampai kita lupa tujuan hidup.

::kesimpulannya, belajar lah ubati kecewa, jangan biarkan ia mengganggu hidup selama-lamanya, kita punya matlamat dalam hidup, jadi teruskan berusaha untuk mencapainya,insyaAllah.

p/s:terima kasih kerana membaca =D

Khamis, 3 November 2011

Spontaneous Thurday

::typo paling klaka penah aku dengar::
SEPUT API

apa pengorbanan anda?

hey,assalammualaikum! entry kali ni kita serius sket ok?bukan apa,ia bagi menghormati ibadah kurban yang bakal menjelang tiba,insyaAllah..
************************************************
# seperti yang kita tau, ibadat haji itu adalah  RUKUN  ISLAM  yang kelima. bagi mereka yang berkemampuan adalah DIWAJIBKAN untuk menunaikannya..InsyaAllah ada rezeki dan panjang umur nanti CMC nak bawa mama  bersujud di hadapan Baitullah.
# mari kita menghayati sekejap : ibadat haji ditunaikan pada 10 hingga 13 zulhijjah, pd tarikh tu,semua umat ISLAM seluruh dunia berkumpul di kota suci Mekah untuk menunaikannya.
# selain itu umat ISLAM digalakkan melakukan pengorbanan..Pengorbanan yang dimaksudkan tu sebenarnya bukan la kita disuruh buat macam yang nabi Allah Ibrahim a.s, menyembelih anaknya Ismail a.s[betulkan saya kalau nama nabi Allah tu salah] tetapi sebenarnya baginda menurut perintah Allah s.w.t dengan penuh redha..maka itu Allah pun menggantikan Ismail dengan seekor kibas
# jadinya,itulah pengorbanan nabi Ibrahim a.s yang memang xda tolok bandingnya
#satu lagi mengenai ibadah ni, selain mengorbankan binatang,kita juga dituntut melakukan apa saja pengorbanan dalam meninggikan syiar Islam.

## ada banyak pengorbanan yang boleh kita lakukan:

  • pengorbanan isteri terhadap suami
  • pengorbanan ibu terhadap anak
  • pengorbanan rakyat kepada negara
#apa pengorbanan kita pula?sama2 kita renungkan dan selamat beramal
**salam aidiladha untuk semua

Rabu, 2 November 2011

Wordless Wednesday

jawapan kepada soalan seorang adek blogger

ngeeeh..ngeeh..ngeehh...da lama x update belog bersawang ni,tetiba di"update' kn belog ini sebab kene jawap 11 soalan paling maut dari sorang adek blogger yg shuwet nih muna , okey mai kita tgk apa soalan maut yg dia nak tanya tu..


  1. Must tag these rules
  2. Post 11 things about themselves in their post
  3. Answer the questions that those tagger set u in their post and create new question for the people you're tagging to answer
  4. Have to choose 11 peoples to tag in your post 
  5. Don't forget to tell them that they were tagged
  6. No tag backs!
  7. No stuff in the tagging section stating something like "you are tagged if you are reading this". by reading this rules you are trusted to have legitimately tagged 11 peoples.


11 things bout cikmayaculleen
  • anak bongsu daripada dua beradik[perempuan tunggal]
  • masih stdy di universiti utara malaysia,i am marketing holder and now stdying in bachelor of business administration with hons
  • seorang yang agak panas baran
  • x reti nak pujuk orang
  • peminat fanatik cite twilight saga-new moon-eclipse and upcoming on dis 25nov11-breaking dawn
  • ada seko bantal bucuk si gapil-umur dia dah 11taun
  • xsuka mengalah dengan abang
  • walaupun umr sudh middle of age,kdg2 perangai sy mcm budk-my mum said dats!
  • peminat kereta HONDA
  • baru belajar berblogging-sile la korg tgk polower pn xramai g
  • sangat sayang group Blogger Perak sebab xpenah lagi jumpa group mcm ni..slalu happening dan mementingkan ikatan persaudaraan!WE ARE FAMILY
okey now,jom jawap 11 soalan dr adik kecik yg manja ni::

umur berapa???
i am 25 dis year! -tanpa ragu2 jawap because i juz love my age!
single/relation/married???
masih tidak terikat dengan sesiapa
hari jadi awak bila???
ok,my bufday on 14may1986
suke color ape?dan kenapa???
sangat sukakan color purple sebab purple sangat cool!
suka call atau sms???
suka lagi sms sebab save kredit,hehe[maap kdg2 sy sgt kede nk isi topup]
blog paling lawa dan best???
saya adalah salah seorang peminat Tamar Jalis,jadi sangat2 suka melawat cite2 dalam blog beliau!
barang yang paling awak sayang???
bantal busuk gapil sebab selalu heret dia merata2 sampai la sekarang belajar kat sintok
beri 3 sifat positif anda
penyayang,suka senyum,suka ketawa
beri 3 sifat negatif anda
panas baran,kuat merajuk,degil
haiwan yang paling awak sayang???
kucing..meoww..
awak sayang saya x?kenapa???
sy syg awk sebab sy xde adik..boleh awk jd adk sy???





ini pulak 11 soalan cepu perak ak nak tanya kat korg

  1. panggilan manja awk ape?
  2. enset apa yg awk pakai?
  3. tarikh lahir awak bila?
  4. 3 perkataan yang sesuai untuk saya
  5. ada berapa org adik beradik dan ank ke berapa?
  6. berapa kali pernah putus centa?
  7. suka tengok movie apa?
  8. apa barang yang awak selalu bawa?
  9. apa hadiah harijadi yang awak nak bagi pada mak dan ayah?
  10. boipren/gelpren orng mn?
  11. sudi x jadi kawan dunia akhirat saya?

sape aku nak tag nih???

okbai#itu je ak nak tau


Jumaat, 14 Oktober 2011

jangan benarkan ia terjadi

assalammualaikum

 baru lepas cuci mata[nangis]
sebab aku menangis?aku baru buat hati ibuku rajuk dengan tingkahku
aku xsengaja jatuhkan airmatanya
xda niat lgsg
xda lgsg nada tinggikn suara

tapi hati ibu cepat terusik,..katanya pada siapa lg nk dikongsi kata2 bila dirumah ank2 xda disampingnya
bukan niatku ibu mahu lukakn hatimu..telus aku sayangkn ibu..ku tahu hatimu rindu..
aku sentiasa mendoakn mu ibu  dalam setiap doa dan sujudku..
benar,aku xsekerap itu menelefonmu kerana aku sedaya upaya berjimat dengan wang pemberianmu..
mungkin seminggu sekali tidak cukup utkmu berbual denganku,
kerana itu hatimu rajuk dengan perbuatanku
maaf ibu!aku xsanggup meminta wang selalu,kerana itulah kau cuma mendengar seminggu sekali suaraku
xsanggup aku mengadu kesusahan nasibku pdmu ibu
tidak punya wang di perantauan
tapi,x bertanya kabar selalu bukan bermakna aku melupakan
tidak pernah sekali ibu!...

ku tahu hatimu sunyi ibu
ku tahu kau mahu tiap ank sentiasa disisimu dan
ku tahu betapa sukarnya kau melihat aku jauh begitu

tapi percayalah ibu,aku sentiasa mengingatimu
sentiasa mendoakanmu
sentiasa mengikuti nasihatmu
xpernah ingatan ini melupakan tiap pesanan dr bibirmu ibu

ibu,ampunkn dosaku krn mnjatuhkn airmatamu

Ahad, 25 September 2011

retro ber runningman

menitis air mata...sakit perut yang menekan2...senak sudah....
eh,ak bukan menangis sebab sakit perut ke ape..ak ketawa sebenanya..iye..ak ketawa sampai kua air mata...sebenanya ak tengok gameshow korea - RUNNING MAN,layan dengan geng retro paras aku..

korang tau x cite RUNNING MAN 2 cmna?bia ak intro sket:

running man ni mengisahkan beberapa org ahli  dan MC rancangan itu sndr yg diberi misi untuk disempurnakan hingga dapat bola running man. ahli2 akan dibahagikan kepada dua team.kumpuln yg menang akan dapt pengecualian drp hukuman. hukuman dorg mmg klaka2..antara hukuman yg dikenakan,kene pakai hot pant dikhalayak peminat dalam keadaan cuaca sejuk..bygkn  la cuaca di korea musim sejuk cmna kn..dan point yg menyebabkan gameshow ni jd menarik sbb ada 'MONDAY COUPLE'-SONG JI HYO DAN KANG GARY. dorg cuma jd couple hari isnin je..tp xble bla bila tiap ms gary akn sentiasa mengorat jihyo.[agknya gary mmg tgkap cintan pd jihyo] hehe..sweet~


monday couple ji hyo & gary


dan gabungan artis lain pn mmg best sebb ada jongkoksparta,haha-pororo,kwangsu-avatar,sukjin,& jae suk dan kdg2 akn ada guests yg sporting2..nt ak tinggalkn link cite ni eh..korg tgk sndr..cite ni mmg sesuai klu nk bg ilang tensi..ak pon bila abis je kuliah,kdg2 trus bukak RM,dh jd gian lak..huhuu
jongkok sparta

haha-pororo

kwangsu-avatar



http://www.facebook.com/RunningmanReonningmaen

Selasa, 20 September 2011

siapa mengenangkan aku



::assalammualaikum...[ehemm..bajet cam ramai je polower]::


agak lama cmc x mengupdate beloq bersawang ni..sbbny tersangatlah sebuk meng'handle'  projek kt u ms ct panjang 3 bulan.

jd nk memulakan balik aktiviti memerap kt beloq  ni tersangatlah lembab..{malas},tapi memandangkn kwn2 tyn pesal dh lm xupdate..,cmc pn dgn rela hati menunaikan permintaan kwn2{oke,bajet lg skali pemes}cmc pn update la entry ringkas~

terima kasih pada kwn2 blogger yg masih igt pd cmc..terharu jgk mash ada yg mengenangkn kita.walaupn xbrapa aktf dan polower pn xramai,& terima kasih juga sbb masih sudi menjenguk dan baca entry mengarut ni..wsalam

Selasa, 5 Julai 2011

kisah bantal busuk

korang2...sempena projek kolej aku kat petronas ni,.mcm2 bnd  kene siapkan..ni la projek terbesar pernah aku join dlm uum!!!
arini, kje aku mengutip bantal2 kat kolej2 org..sbb kolej ak xckup bantal nak bagi pada peserta kem..
berpusing2 satu u semata2 nak mengumpul bantal..dan akhirnya kami pun pegi pinjam bantal kolej muamalat,sime darby dan eon..

benda yang aku nak citer kat sini sebenarnya pasal si bantal yang dah berpetak2..dah xda rupa peta dunia pn!hahaaa..aku xtau la camna budak2 ni tengok bantal dorg nt...**pengsan!bantal pon dah bau mcm2,warna bantal yg putih dh bertukar itam..



Jumaat, 1 Julai 2011

citer lebuhraya karak::komen cikmayaculleen yang mmg xprofesional

ok,baru je lepas tengok citer karak..

actually,jalan citernya mmg dh boleh dibaca,mmg la cerita berdasarkan pada cerita sebenar lebuhraya karak 2,tapi ada part2 yg aku asa merapu sket..yg ditokok tambah sampai jln citernya jadi*******..seyes,ni la citer seram yg mmg xseram lgsg!

dan part yg paling aku menyampah skali,perlu ke ada adegan org mandi berkemban lg???dh lepas kene kacau pon, ada ati nk g mandi sorg2?adoi..saket pale otakku...

p/s: ni komen x profesional aku,korang setuju ke x aku xpeduli.wekk..=p



Khamis, 30 Jun 2011

Spontaneous Thurday

::kau hadir tika aku telah dimiliki..::
        

Selasa, 28 Jun 2011

SENTAP

::seperti yg dijanjikn...aku akan post ape yg dh berlaku 19jun2011::

*aku menangis!
*mataku bengkak2 !
*aku maki orang!
*aku kol mama!
*aku kol abg!
*aku kol kwn!
*aku SENTIL!
***AKU DITINGGALKAN BAS

cinta itu menyakitkan

::aaaaaaaaarghhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!TENSI::


penat lah bercinta..kerana cinta aku sakit hati,kerana cinta aku ketawa dan kerana cinta juga aku berduka..penat2


aku penat..faham x..penat yang teramat


salah aku lagikah?
kenapa salah org yang nampak tapi salah sendiri tidak?


kata kau,jangan hebohkan hal antara kita tapi kau juga yang buat..
kata kau,xperlu ucap satu dunia,tapi itu juga yang kau ucap..


bagaimana lagi nak pertahankan???
aku dah letih..



Jumaat, 17 Jun 2011

entry boring

seyes boring!!!nak pegang buku xda mood..ape nak buat g??tdo?awal lagi kot~ce bagi idea...


kalau kat umh,time boring2 ni leh gak ajak geng melepak kat mcd..layan beger tgh2 mlm,hehe..best2!!kalau xde geng pon,aku heret ngan mama n acu aku skali join,!mak gue mmg sporting!ggegegeee...

xpe..2 days to go~..bertahan dok sintok!after dis blh merdeka gila!yess!!!

Selasa, 14 Jun 2011

baby hatch

haluuu...selamat petang,,,..

aku baru abis kelas tadi pukul 2pm,makn solat..then trs rehat2 sambil baca metro..selak punya selak terjmpa cerita pasal baby hatch,..pe dia benda alah 2???mula2 aku konfius jugak,sbb first time dengar..

baby hatch 2 tempat perlindungan bayi sementara,ada satu ruang khas yang disediakan untuk orang2 yang xsanggup nk jaga bayi sendiri..bunyinya macam buang bayi kan~...ada isu sebenarnya pasal sistem yg baru diwujudkan ni.antaranya isu peningkatan pembuangan bayi.dengan adanya baby hatch,org2 buta hati ni akan mengambil kesempatan untuk tinggalkan bayi kt tempat khas 2..itu bagi orang2 yg tahu pesal informasi ni,tp pada yg xtau lg,kemungkinan besar anak yg bakal lahir 2 kene buang merata2..buang dalam tong sampah,hayun kat sungai,tinggalkan kat tangga masjid dan tempat2 lain..

jadi untuk elakkan berlakunya masalah terjumpa bayi yang dah x bernyawa ni,maka wujud la sistem baby hatch ni....pendapat aku la kan,ada banyak pro dan kontra penggunaan sistem baby hatch ni..nak kata aku menyokong,xda la pulak..sebab kalau difikirkan logik akal,x kesian ke kita pada bayi2 yang x berdosa 2 mati sia2?yang berdosa 2 ibu bapa dia..bayi x bersalah,,jadi  dari dibiarkan bayi 2 kene gigit dengan semut2,dihurung lalat, ada kebaikannya juga bayi 2 disediakan tempat khas sebelum pihak bertanggungjawap datang mengambilnya.

ok,itu yang bagusnya sistem  baby hatch.yang x bagusnya pulak,remaja akan mengambil mudah bila adanya sistem ni.dah tahu kerajaan sediakan ruang khas untuk bayi luar nikah,so ape lg yg ada dalam fikiran dorg???senang je..tinggalkan jelah!abis cerita..x payah runsing2 lg nak buang kat mana.2 fikiran remaja yang singkat akal..

walau bagaimana pn kita kena berpandangan jauh..kena cari  lagi alternatif lain untuk selamatkan bayi yg x berdosa.mungkin masa hadapan nanti akan ada alternatif yang lebih berkesan?.. pe pendapat anda???

ku ingin mimpi indah itu

entry sebelum tidur:: 
tajuk ke main g cantikkan~

saja,nak conteng2 cik diary ni sebelum peluk hubby, eh bukan!tade laki lg..peluk bantal garfieldku..hehee,,bila letak je badan ke katil,mesti nak berangan dulu sebelum lena.biasanya aku suka berangan jadi kaya! ada rumah banglo sebijik yang beso mcm dalam citer haunted mansion,[tapi bukan la rumah berhantu ok]kereta berbijik2,dan ada bisnes sendiri. aku  ni jenis suka kampung,jadi bila dalam mimpi,selalu berangan nak majukan kampung.buka kolam ikan besar2, ada ladang lembu,kambing, tanam tanaman yang luas...pergh!mmg betul berangan kau...

tapi pelik,tiap kali aku berangan jadi kaya,apesal aku xberangan ada laki n anak skali eh??andartu kaya ka??aiyayayaaaa...hahahaa..xpe2,nanti jap g aku berangan ada life partner n bby skali k,
memang sekarang tade duet,dan aku bukan tengah bercakap,aku menaip ok!


p/s:::sekian coretan mengarutku sebelum tidur~

Sabtu, 11 Jun 2011

mybestfriend bertunang

tunang,kawen.,dpt bby..semua 2 kawn2 aku dah merasa..baru2 ni,sorang lg kawan baikku ms sekolah pulak bertunang..alhamdulillah semuanya selamat,setelah sekian lama bercinta,kena lak harung liku2 dan halangan ms bercinta,akhirnya dorg selamat juga bertunang..syukur2..aku tumpang gembira jugak..

dorang bertunang pada 5jun 2011.tarikh yg aku mmg xdpt balik ke ipoh,memandangkn aku sekarang tengah merantau ke utara malaysia,pergerakan yg agk terbatas tanpa sebarang transportation,kalau dlu ms dok kat johor(uitmsegamat),semua tempat aku dh merasa berjalan dengan geng satria neo..seyes dow xleh balik,aku tengah buat intersesi lak kat u..adehh..

tapi xpe,memandangkan aku pon sekarang dah tahun ketiga,(da nak abis da pn) insyaAllah, ms dorg menikah nt aku datang walaupun jauh...(T_T)

ni je gambo2 yg sempat aku kidnap dr tunang dia si apiz..xbyk,tp xpe,nt aku wat kisah dorg part II lak k

selamat bertunang sayangku liza&hafiz


dia ni mmg cun,,beruntung hafiz dapat

saat disarungkan cincin di jari

mak ai,,banyak tol hantaran,,berbelas-belas..

bakal pengantin

Khamis, 9 Jun 2011

kenduri buah kuinin

salam guys..

alhamdulillah,kekenyangan sangat malam ni..after makan nasi n lauk2 yg dihantar oleh kell n family,ak sebat buah kuinin lak..huhuu..sedapnyaa....mana aku dapat buah kuinin???hahahaaa..ni la pulak untungnya universiti dalam hutan sintok!kaya dengan buah buahan..

kawan baekku si udha mendoza datang antakan buah yg dorang kait petang td..bapak gila banyak..dorang cakap berbaldi2 kutip td!
besar2 2...


dapat pulak geng kaki makan ,memang best laa mkn ramai2..huhuu..da seminggu lebih kitaorang asyik cium bau kuinin je..baru malam ni dapat melantak makan.

tau jelah duduk hostel bukan ada dapur..
nih kalau aku dok umah nih,buah2 kuinin ni dah aku buat mcm2 resepi,walaweii..dh lama x masuk dapo!
seingat aku, antara resepi yg mama aku ajo mask buah kuinin , cnth wat sambal kuini
ihsan dr pakcik google

so u guys ,jangan terperanjat coz selera i selera kg!hohoooo..perghh..sedap!
xsabau mau balik ipoh,,mkan buah byk2..


Selasa, 7 Jun 2011

LOTS OF SMILES......

Lots of Smiles...

I thought it would be
nice if you started the day...

    
with a bright and sunny
springtime bouquet.
   
But since I'm sending
some sunshine
across the miles...

I couldn't resist adding
lots of smiles