corat-coret

hidup ini lebih bermakna bila ada kenangan

yAng ngIkut dI BlaKanGku

Selongkar sendiri ye

Rabu, 8 Ogos 2012

hadiah hari pertama prektikal (9julai2012)



630am
selawat syifa berkumandang kat enset  menandakan kena bangun dari tido. berat je nak seret kaki ke bilik air. Rase nak guling-guling je dari tempat tido ke tandas atau suh je sesape tendangkan aku masuk bilik ayo terus..so sad...hari pertama nak p prektikal harusla bersemangat,tapi aku xde nafsu nak p daftar diri.

645am
solatkan diri sebelum aku disolatkan, then siap2 dengan baju kurung pink, tudung pink,kasut tumit. Dalam handbag letak pelbagai macam khazanah ;payung pink kecik [pink lg], cermin kecik ajaib, liptik merah,tisu, pen, notepad, mecm..

700am
terkebil-kebil dok tahan mata. nak bekpes?oh, aku bukan la jenis mkn awl pg..kalo makan pagi pn, mybe pukul 9 10 baru perut blh terima.

730am
tunggu drebar datang,..sambil menunggu tu, aku berkira-kira dalam hati dialog yang nk dikuakan masa daftar diri nt,... yes,drebar dtg dgn muka seyes,..gulp!diam je dalam keta .bercakap bila perlu..perjalanan yang dekat di rasakan macam jauh sangat. actualy dr rumah aku ke opis xdela jauh sgt pn..15mint je ,tapi memandangkan kawasan rumah aku 2 sekarang dh macam jalan KL,tempat yang dekat pun boleh jadi lama atas jalan raya. tepat pukul 8 pagi sampai depan opis,.dalam keta tarik nafas panjang2,bia kool...tapi dalam hati xterkira nebesnya nak p ngadap supervisor prektikal. fufuh2 dalam keta konon nak bertenang. bukak pintu pelan2,..kuakan sebelah kaki. #TAP!!! pulak,...ku pandang ke bawah,.nampak kasut tumitku tercabut sebelah,... hampeshhhhhh....kasut tumit blh  terputus tali pulak dah,...gabra amat!. cecepat balik umh p cr kasut len..patah balik p opis,jam dah pukul 820am.kelam kabut nek opis . Sampai depan kaunter, tengok ada 3 manusia macam tengah tunggu orang, tersengih2 tengok aku dengan muka yang  manis. baru 2 3 minit duduk, ada sorang ni tegur,..awak nak daftar praktikal eh?? menyengih je aku jawap...iye saye..nak daftar diri tapi terlambat lak datang hehe..rupanya tengah sedap bersembang,kasut kedua yang aku pakai haritu, tercabut jugak,..parokk,camne kasut itu pun boleh putuss oi????terkulat-kulat aku sorok kaki.dem nye..ase malu menerpa ke muka,.kalau di toreh muka ni maybe  x berdarah.,mencik!so pengajarannya,kalau mak cakap tu.bek la diikut je.xda la dua kali dapat malu kasut putus. ..ekceli mak aku dh pesan p beli kasut lain. kasut yg aku pakai 2 dah lama,bila2 masa leh tercabut.tp aku ni degil..suka sgt kt kasut 2,wal hal kasut 2 xdala cantek sgt pn. 2 la hadiah aku dapat masa nk mula prektikal.maybe korang xase benda 2 kelaka tapi aku nak jugak ketawa sendiri bila pikir betapa degilnya xnk dgr ckp mak.senang cakap,..PADAN MUKA..

Selasa, 3 Julai 2012

maya the bee


##Maya The Bee??? Korang pernah tengok x cerita kartun ni? Maaf. Entry ini sebenarnya x ada kene mengena dengan cerita kartun zaman kanak-kanak ku. Sebenarnya nak cerita pasal sifat si lebah. Pagi tadi tengok makcik-makcik sekitar rumah ni dok silang panggung depan umah. Gamaknye memasing baru lepas nganta anak memasing nek bas ke sekolah. #untung la anak sekarang. Ekceli, makcik-makcik ni dah biasa aku tengok sejak dari kecik lg. Semua baik buruk dorang dalam stokin busukku. Eh,bunyi macam aku kenal rapat je kn? aku tahu ape makcik-makcik umpatkan. Bukan semua sebenarnya makcik-makcik ni tingtong, ada la sesetengah nye je pun.. cuma aku mengingatkan diri sendiri jangan jadi macam makcik kepoh bila dah tua nanti. Berdoa semoga aku dapat pupuk sikap si lebah, makan dari yang baik, dan keluarkan yang baik. Bila hinggap pada ranting, tidak mematahkan, menghisap sari bunga  dan mengeluarkan tanpa menyengat. Terbang dengan membawa rasa kecintaan  dan hinggap dengan membawa kasih sayang . Ataupun jadi macam kupu-kupu, ringan perwatakan dan indah dipandang. Patutkan bila dah berada diusia begitu,  lebih serius memikirkan kehidupan. Umur yang semakin menua itu sepatutnya diisikan dengan kebahagiaan, kesenangan, sentiasa redha, tenang dan puas. Bukannya MENGUMPAT.

#maap makcik, aku ambik makcik jd contoh dalam entry

Isnin, 25 Jun 2012

aku & kain batik



***Saja nak imbas kembali cerita kain batik ni. Dah lama sangat nak publish tapi ada je hal sampai lupa entry kain batik tersimpan dalam draf. Ini pun teringat nak up cite ni pasal kawan-kawan aku asyik suruh post gambar aku pakai kain batik. err..sume gara-gara status kat pesbuk la ni..nyesal!
***************************
Aku sebenarnya x pandai pakai kain batik. Masa duduk u pun ,jarang sangat nak penah pakai. Bila usia dah menginjak  ni baru sibuk nak pakai. 2 pun sebab rumate lama aku dulu [ da abis setadi] , selalu pakai kain batik dalam bilik. Bila dah selalu sangat tengok dia pakai, hati tergerak jugak nak cuba. Memula pakai rase nak ketawa dekah-dekah sebab buruk beno aku pakai. Seyes. Kalau mak aku tengok mesti dia x lalu nak pandang..adoyai. Satu hari balik dari kuliah, try la pakai, payah tol nak bergerak. Langkah jadi pendek, kain mesti selalu nak dijaga [kalau x nanti londeh la wei], pastu payahnye nak duduk. [ aku suka duduk bersila].  Jadinya bila duduk je mesti bertimpuh. Sangat ayu [sila muntah] Maka melalui segala kepayahan berlatih memakai kain batik, akhirnya berjayalah juga. Yess!!! Dan tanpa aku sedar, bila kita pakai kain batik ni , ia boleh membentuk kesopanan diri seseorang. Ini  betul . Selama ni asyik pakai seluar trek je bila duduk rumah atau kolej. Macam ada satu semangat bila pakai kain batik. Aku jadi sangat lembut bila melangkah dan duduk sopan bagi seorang perempuan , aku lupa  kain batik ni adalah lambang jati diri orang perempuan.

Cuba bayangkan macam mana orang dulu-dulu pakai kain batik. Nampak lemah lembut dan sangat bersopan santun. Ohsem kn? Budak bandar sekarang dah jarang nak pakai kain batik ni. Dorang lebih suka pakai kain pario 2. Ce try. seyes best tau pakai kain batik ni. Sekarang ni kalau suruh aku kua g sidai kain depan rumah, dh x ragu-ragu lg nak pakai kain batik. Rasa bangga lak sebab pandai pakai.haha..

Err..yang pasal suruh aku post gambar pakai kain batik 2 kan..maap..hanya orang bertuah je yang bertuah tengok. Boleh gitu???kehkehkeh.

daaaaa korang,,,

Ahad, 20 Mei 2012

** jatuh cinta dengan membina cinta **

C.I.N.T.A a.k.a L.O.V.E?  Ada yang mendefinasikan seperti  love is something what make you happy, be with who make you smile, laugh as much as you breath and love as long you live. Tetapi cinta yang bagaimana anda mahu temui dalan hidup? Bagaimana mahu memulakan cinta dan bagaimana hendak mengekalkan cinta. 

Kalau orang tanya, kenapa  jatuh cinta pada dia, apakah jawapan yang sesuai untuk diberi. Pernahkah anda berfikir sebab-sebabnya kenapa anda cintakan dia? Adakah jatuh cinta itu  memerlukan sebab? Sama juga dengan soalan, mengapa mereka berkahwin. Adakah kerana semata-mata jatuh cinta? Adakah dengan jatuh cinta mereka akan bahagia? Pada pendapat Cmc, jawapannya tidak. Ini kerana mereka bukan jatuh cinta semata-mata tetapi  sebaliknya ingin membina sebuah cinta.


Benar, untuk mencari pasangan hidup, kita perlu jatuh cinta. Itulah perasaan hebat yang tuhan berikan kepada umatnya. Jatuh cinta kepada rasul, jatuh cinta kepada ibu bapa, malah jatuh cinta dengan pasangan. Kemudian kita membina cinta daripada  cabaran yang mendatang. Bersama-sama belajar memahami, berkongsi kasih sayang, saling mempercayai, sentiasa yakin dengan pasangan, sikap bertolenrasi, sentiasa membimbing dan saling bergantungan.


Orang kata jatuh cinta itu perkara mudah. Nampak sahaja yang cantik, yang bergaya, pun  dah boleh jatuh cinta. Dalam masa 5 minit pun dah boleh  jatuh cinta. Ini lah perasaan. Perasaan boleh datang dan pergi dengan tiba-tiba. Perasaan tidak sama dengan komitmen. Cmc rasa, komitmen lebih komited dalam sesuatu hal, terutamanya dalam membina cinta. Kita jatuh cinta dalam keadaan kita suka kannya, tetapi membina cinta adalah kita berusaha bersama-sama mengekalkan cinta. Membina cinta memerlukan masa yang lama dan panjang. Pelbagai cabaran, halangan atau rintangan terpaksa ditempuhi untuk membina cinta hingga ke syurga. Kesimpulannya  Cmc pun  mahu jatuh cinta dengan membina cinta bersama  si dia.

p/s: hai hatisaya


Isnin, 14 Mei 2012

duapuluhenamtahun

Ada apa dengan duapuluhenamtahun itu
-------------------------------------------
Hari ini genap lahirnya Cmc di dunia yang penuh mencabar ini. Alhamdulillah Allah masih beri peluang setahun lagi untuk menghadapi cabaran duniawi. Jutaan terima kasih juga kepada bonda yang melahir, menjaga dan membesarkan Cmc.

Menginjak angka duapuluhenamtahun ini, ramai kawan-kawan Cmc yang sudah berumah tangga, membawa anak dan berjaya dalam bidang masing-masing, alhamdulillah tahniah kepada semua. Siapa sangka rezeki dan nikmat tuhan nak bagi pada hambanya dalam bermacam-macam cara.
Cmc sendiri bersyukur Allah masih berikan rezeki kepada diri ini dalam cara yang lain. Walaupun belum punya jodoh, tetapi tetap bersyukur masih punya kawan-kawan berkongsi suka duka dan gelak tawa. Terima kasih sahabat, kerana sentiasa bersama!
Di sini Cmc nak berkongsi sedikit kenangan sambutan ulang tahun kelahiran Cmc  ke-23. Iaitu tahun terakhir menyambutnya bersama ayahanda tercinta. Ayahanda belikan Cmc kek berbentuk Garfield, satu-satunya kartun yang Cmc suka. Ayahanda jenis yang x suka bertanya dan jarang buat kejutan untuk orang, tapi tahun itu merupakan tahun paling bermakna buat kami semua. Sudah 3 tahun ayahanda pergi tetapi kenangan kek Garfield itu tetap segar dalam ingatan. Dah xda orang lain lagi yang nak belikan kek begitu. Ayahanda sungguh special!
Dan bonda x pernah sekali lupa mengucapkan selamat hari lahir, biarpun jauh tapi ingatannya pada si anak tak pernah luput. Terima Kasih! Semoga tahun ini memberi lebih banyak peluang untuk diri ini membaiki diri dan membalas jasa orang tua. Semoga bonda juga sihat dan diberi kesihatan yang baik untuk beribadah, insyaAllah. 


Ahad, 13 Mei 2012

setiap hari adalah hari ibu



 setiap degupan jantungku bermula darimu ibu

 


dengarkan lah ibu ikhlas dari hati ini..
aku anakmu yang selalu memelukmu menciummu
memang banyak dosa yang telahku lakukan
menyakiti dikau , ku mohon maafkan

***********************
selamat hari ibu
ku ucap kepadamu walau ku jauh disini
ku harap kau terus menanti kepulangan ku tuk temanimu
hingga ke akhir nanti
aku janji...
***********************
kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
punyai pari-pari iaitu kamu
ku pastikan agar kau sentiasa bahagia
inginku nyatakan kau milik syurga

selamat hari ibu~~~




Jumaat, 11 Mei 2012

Nikmatnya datang kemudian.


Kenapa perlu bersedih ianya berlaku?
______________________________________

*** Seringali kita menyalahkan takdir apabila tidak bertemu dengan insan yang betul untuk dijadikan teman hidup. Kenapa jadi begitu?Manusia terlalu cepat menghukum, tidak berfikir sebab dan akibat.
Tuhan pertemukan kita dengan orang yang salah kerana bersebab.Kita kena percaya setiap yang berlalu pasti bersebab. Tuhan putuskan hubungan sesama manusia itu kerana mahu gantikan dengan insan yang lebih baik. Kerana itu, janganlah terlalu bersedih mengenangkan takdir yang dikatakan tidak adil. Bersabarlah .Allah itu maha adil.